Tuesday, May 1, 2012

Korang tau maksud sebenar CINTA?


Assalamualaikum sahabat sekalian.  Aku kini ada hobi baru iaitu baca buku.  Some people might say "apa da baca buku, cuba rilex kan otak tu sket. asyik nak membaca je". Tahukah anda bahawa pabila kita banyak membaca, ianya akan menguatkan daya ingatan kita. Fakta dari Dr. Muhaya sendiri. So tak rugi kalau membaca.  Nukilan yang paling aku sukai ialah HILAL ASYRAF. Sangat best ok. u guys shud try.  Dan di sini, aku ingin berkongsi mengenai forum yang panel nya terdiri dari penulis hebat itu tadi yang bertajuk
"AKU CINTA KAMU KERANA ALLAH"

Pandangan HA(short name for Hilal Asyraf) tentang cinta ialah aku ingin bersama kamu di syurga.
Jika kita sebut "I LOVE U" pada seseorang tapi kita tak membawa dia ke jalan syurga Allah, adakah itu cinta sebenarnya?cinta xsemesti dgn kata2 manis dan hadiah, xharapkan benefit apa2 dari dia.  ianya hanya nak dapatkan redha dari Allah. Cinta boleh di apply pada semua..xsemesti pada kekasih sahaja ok.

MACAMANE NAK APPLY?

Mula2 kita kene capai hubungan dengan Allah dulu.  Kata pon "aku cinta kamu kerana Allah".  So, kalau dah lama tinggalkan suruhanNya, macamane pula kita boleh senang2 lafazkan cinta suci kerana Allah tu dekat kawan kita, mak ayah kita, husband to be, wife to be kita kan?

Sebenarnya, hubungan ini indah dengan kerana adanya pengorbanan.  Bila nak korbankan sesuatu, kita kene ade benda yang nak dikorbankan dan kene ade kekuatan untuk mengorbankan(*jangan pening pula..hehe)
Contoh, nak tunjuk kita sayang kawan kita kerana Allah, kita sanggop korban telingan kita dari perli, kutukan kawan kita bila kita tegur dia tak tutup aurat.

Mungkin kita akan berhadapan dengan kawan kita yang sudah jauh dari Allah, dan juga dia tak bersama kita dalam menuju jalan syurga Allah, dan kadang2 kita sahaja yang sayang pada dia,dia tak sayang kita. sebab itu kita perlukan kekuatan.Namun kita xkan mudah jatuh jika kita dah faham apa maksud
"Ukhuwah Fillah".

TANGGAPAN SAYANG MENGIKUT TRADISI SEKARANG


Ibu bapa yang dah hantar anak ke sekolah agama beranggapan mereka telah sayang anak mereka  dengan berikan didikan agama pada mereka sedangkan dirumah mereka tak terapkan nilai2 islam. Hanya melepaskan tanggungjawab kepada guru sekolah dalam didikan agama. Kalau nak ajar solat suruh ustaz,ustazah ajarkan.  bukan kah solat tu wajib?Ibu bapa xboleh nak ajarkan?Dan itu dipanggil sayang?

Kita belanja kawan kita makan tapi kita tak kejut kawan kita solat subuh takot kawan kita marah..itu dipanggil sayang?itu dipanggil i love u frend, you are my best frend ever?elok sangatlah tu  =,=


TAKDE ISTILAH AKU TAK SUKA KAU KERANA ALLAH

Ingat istilah di atas! Yang ada hanya "Aku benci dan tak suka perangai kau kerana Allah".Bencikan jahiliyahnya,bukan peribadinya.Contoh, kau tau si M tu jahat gila suka mainkan perempuan. Bukan hensem mane pon. Hidung pon kembang. Teeet...X sama sekali


Sekian ilmu dari pengetahuan yang aku dapat untuk perkongsian bersama. 
*Tegur aku jika ada salah silap =)
Assalamualaikum sahabatku sekalian. Setelah sekian lama tak update blog, tidak semena mena sempena hari perkerja aku update blog ni.  Setiap milik kita mempunyai hak.  Blog ni juga punyai hak untuk di penuhkan dengan post2 insyAllah kali ni lebih kepada muhasabah diri dan bukan kepada penceritaan yang bukan2. supaya ia dapat di jadikan coretan dan sebaran ilmu kepada semua..Gunakan sebaiknya sementara 'peluang masih diberikan.  Dan akhir kata, tiada kata lain yang aku ingin perkatakan melainkan ......


Thursday, September 22, 2011

CONTINUE STUDY IN DEGREE

    Salam kalian semua.  its have been along time aku tak tulis dekat sini. masa tak mengizinkan dan banyak digunakan tok perkara yang lebih penting.  okay, now i want to tell u apa yang aku rasa masa time degree ni.teramat la beza nya dengan time diploma dulu.semua kene buat sendiri.yess...semua sendiri.maksud aku dah xboleh nak bergantung harap dengan kawan sgt la..kita kene alert dengan segala maklumat yang ada.nak pulak kawan yang ada seciput je dan sekarang try to make a fren dengan kwn2 yg baru.ada yg boleh blah dan ada yg xberapa nk masuk sgt la.sy sgt merindukan suasana kelas sy dahulu..oh dammmn!

    and for now, aku still lg dalam mood cuti dan xde mood nak belajar sgt.knp??ntahlah..lama sgt cuti kot..haha..asyik dok terbaring je..pahtu tiba2 otak kene berpk tok belajar..adoii..dan aku paling malas belajar kat puncak ni..bl kelas pagi so kene bangun awal sikit tok meredah jem nak pegi ke kampus dan jalan kaki mendaki bukit nak pegi ke lift..dah sampai lift pon kene berebut pulak dengan mereka2 yg nak masuk kelas..adoiii..bapak xbest..and then bl ada gap 2 jam kami xkan balik rumah sewa tok tido yg mana dah biasa bt dekat chendering..sebab rumah sewa jauh dan malas nak turun naik disamping nak saving duit minyak.dan itu la rutin harian kami nanti..sgt bosan der.....patutla si geng2 peah tu rindu gila chendering..so do i =(

    however, perkara2 tersebut tidak lah harus dijadikan alasan tok tidak aberjaya.betol tak??biarlah kwn tak ramai,kelas jauh,bosan la ape la..its ok..belajar tetap belajar..dan aku perlu mencari NURULHUDA yg sgt rajin masa aku sem 1 dulu..(rajin ke) insyaAllah.common huda..aja2 fighting!

Wednesday, August 31, 2011

RAYA 2011

    Salam..SELAMAT HARI RAYA SEMUA..Alhamdulillah tahun ni dapat lagi beraya bersama2..dari bulan puasa dapat berbuka bersama family..nikmat dan rahmat Tuhan bagi tak terkira..Alhamdulillah..syukran!

    RAYA PERTAMA:


    Bermula dengan pekikan mak soh bangun g semayang raya..pas pegi semayang raya, balik teros makan..bapak lapau weyyhh. dan seterusnya bersiap bukan maen lama aku.Tema saya pada tahun ni ustazah dan hijau ye kawan2.hhaha.Kejap nak pakai tudung ni,kejap nak pakai selendang.macam2 aku.sampai ttinggal nak pegi kubur arwah abang ipar.setelah bersiap,tibalah masa tok bersalam-salaman.Dan macam biasa dituruti mengikut yang paling tua sekali.Akak,Abang, Alang, Aku n Eya..terasa sebak pabila salam dengan abah..dengan mak xde..kenapa ye..sebab aku selalu bengang n mara dengan kerenah dia.yela orang tua.bila dah makin tua perangai semakin macam budak2.setelah melalui saat2 sebak tu, bersalaman la kami antara adik beradik dan apa lagi..time for photoshoot!tangkap gambar sane,tangkap gambar sini..dah penat tangkap gambar..tiba masa nya tok kami bertolak..ke mane?????????ke BUKIT BELACAN,AMPANG rumah pak long!


Family Kami
Family Akak

Family Abang

My Siblings
(Baju Biru: Eya, Baju Kelabu: Alang, Baju Oren Pich: Akak, Baju  Melayu: Abang)

 Setelah tibanya di rumah pak long(abang kepada abah),hidangan yang paling dinanti2 ialah kuew tiau kicap yang special itu diman itu resepi turun temurun..urmmmmmmmmmm...sedap gila..tapi tahun ni punya kuah pedas sket..tapi still sedap..lupa nak selitkan kat sini sikit betapa cantik nya uma pak long...setiap tahun mesti laen dan cantik sangat..jeles betol..

Kuew Tiau berkuah kicap..(bukan nama sebenar..aku yg reka name tu)


   Dah habis melantak sume,kami bergerak ke rumah mak andak (adik kepada abah).diorang duduk dekat2 je..kat situ bukan men lagi bercerita mengumpat..aku pon tompang sekaki dengar...raye memang camtu kan..pastu balik mintak maaf kalau ter'itu ter'ini..amboi...bagoslah...hari2 boleh praktikkan ni...dan jam sudah menunjukkan pukul 5 petang..kami pon pulang dengan perot penuh..

    RAYA KEDUA
    Kami beraya pula di rumah abang dekat sementa.dekat je.dah sampai umah abang,abang kene pegi keje..hahha..padan muke.tok pengetahuan kalian.,akak ada buat kuih raya dan dia bagi la sikit kat abang..yang kitorang ni bukan men makan cam xpenah jumpa kuih tu..padahal sama je macam kat rumah..LOL!hahha.selesai uma abang, pegi uma besan pula..jalan kaki je..depan uma je pon..makan lagi..melantak sume...adoi...letih dah aku nih..next station,uma adik kepada ayah kakak ipa(paham???), umah mak ngah..dah naik lemau dah aku..last station uma kawan mak masa dok pandamaran dulu..nasib baek jumpe rumah..kalau tak jumpa sory la aku nak pegi..kami dihidangkan macam biasa la lemang pe sume kan..dan korang nak tau..si budak 2 ekor anak buah aku tu..boleh lak bergadoh masa nak makan kat uma orang tu..aisshhh..darah aku ni berderau je nak pukol budak 2 ekor tu...tapi kene cool la kan..dah cun2 dah ni..cun ke??hahah...then selepas tu kami pulang la ke rumah tok solat zohor dan anta abah balik..dia kata nak demam..mane tak nye..tak dapat makan nasik 2 hari..asyik makan lemang je..hahhaha...

   Pas solat sume kami beraya di rumah saudara pada maksu aku kat Johan Setia..actually rumah terbuka..makan la aku mee bandung..ya Allah..keyang gila beb..sume dah ketat sgt dah kaen ni..hahha..kami juga sempat bergambar..tapi gune DSLR sedara la kan..t i upload k...


Beraya kali ke 2


Heboh dapat duit raya

Anak bapak tak aku

RAYA KETIGA
Engat nak ikot..tapi adik aku keje..so,tiggal la beta nak g anta dia keje...itu jela cita raya tahun ni..kami xbalik kampung...raya sini je..selamat hari raya kalian..ampun maaf di pinta..=)

Friday, July 8, 2011

DAPAT SUSAH, TAK DAPAT LAGI SUSAH

Salam.  Macam tulah juga aku tulis kat fb. ape yang susah nya?yela dapat degree susah, tak dapat pon susah.

Tak faham lagi pe aku cakap?nak detail??

1. susah sebab nak carik rumah sewa.ramai yang kata soh carik cepat nanti dah penuh.nak carik cemane??geng serumah pon macam xbape nak cukup n tak confirm.

2.  nak naek ape g klas.  bukan nak demand nak naek keta tapi mmg jaoh pon.matilah macam ni.ni yang buatkan aku rasa nak duduk rumah sebab pasal keta. tapi kesian plak abah nak bayar minyak aku. JPA tak confirm lagi.

3.  dok uma ke nak dok uma sewa? dok uma benci r.bising,memekak, jaoh, xsuka..orang yang dok area sane pon nak dok uma sewa.ni kan aku..

tula 3 benda yang sering aku pk kan bermula dari semalam..arrghhh..sampai tak le tido kot aku..pukul 4 pagi baru tdo..aku tak suka pk,sebab aku pk takde conclusion..tapi tak pk macam tak patot plak..sendiri carik penyakit la namenye en.

IF I AM THAT PERSON

Salam.  Aku baca dan aku terpaku,pelik dan macam2 lagi.  Adakah orang itu aku.?? Atau sekadar perasaan

aku yang memang perasan. aaaaahhhrghhh..ape ni.perlu ke jiwang2 begini.  Terbawa2 pula setelah

membacanya..(kasi tumbuk sket muke..adushhh..!!) Apa yang boleh aku katakan


..........................speechless,bingung,terharu,bersalah..........................

dan "jika orang itu adalah aku" kepadanya ingin kukatakan terima kasih dan maaf 

atas segalanya..dan segala yang dibuat atas dasar ikhlas dan itulah aku.



Wednesday, July 6, 2011

CINTA TERAGUNG


Salam...kautimmmm!!hehe..sejak bila minat hazama ni ntah..tak de ape.cume terdetik(terdetik la sial ayat)nak tulis entri pasal lirik ni disebabkan lirik nya yang agak mendalam..maksud "cinta teragung"bukan cinta pada makwe@pakwe sahaja ye.tapi pada kawan2, ibu bapa, adik beradik, dalam konteks cinta itu bermaksud sayang..hayati lirik ni dan tengok video klip dia baru tau..boleh tuju lagu??saya ingin tujukan lagu ni pada orang yang berjaya buat saya tersentuh dan pada keluarga,adik beradik ipa duai...hehe..



Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu


Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu



Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu



Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku